SOALAN LAZIM

 
1. APAKAH NAMA KOPERASI INI?
Nama koperasi ini ialah Koperasi Ikatan Perpaduan Negeri Sembilan Berhad

2. BILAKAH KOPERASI INI DITUBUHKAN?
Koperasi ini ditubuhkan pada 14 Julai 2012.

3. APAKAH NO. SIJIL PENDAFTARAN KOPERASI INI?
No sijil pendaftaran Koperasi Ikatan Perpaduan Negeri Sembilan Berhad ialah N-4-0528

4. ADAKAH KOPERASI INI KOPERASI KREDIT ATAU KOPERSI PENGGUNA?
 Ini adalah Koperasi Pengguna

5. APAKAH SYARAT UNTUK MENJADI AHLI KOPERASI INI?
Keahlian koperasi ini adalah terbuka kepada semua ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai serta kenalan ahli keluarga. 

6. ADAKAH DIKENAKAN SEBARANG YURAN BULANAN ATAU TAHUNAN?
Ya, yuran seumur hidup dikenakan semasa pendaftaran iaitu sebanyak RM20. Selain itu, setiap ahli perlu membuat pelaburan minimum.

7. BERAPAKAH JUMLAH SAHAM PELABURAN MINIMUM DALAM KOPERASI INI?
Pelaburan minimum dalam koperasi ini ialah sebanyak RM1,000. Walau bagaimanapun setiap ahli diberi kelonggaran dengan bayaran minimum RM50 sebulan.

8. APAKAH SESEORANG AHLI KOPERASI INI DIBENARKAN MENAMBAH SAHAM PELABURAN?
Ya, setiap ahli koperasi dibenarkan menambah saham pelaburannya tanpa had maksimum.

9. BERAPAKAH JUMLAH ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI INI?
Jumlah Anggota Lembaga Koperasi (ALK) ini adalah seramai 9 orang

10. APAKAH FAEDAH-FAEDAH MENYERTAI KOPERASI INI?
Antara faaedah-faedahnya ialah:
1. Boleh membuat tabungan/simpanan
2. Boleh membuat pelaburan melalui kegiatan perniagaan yang dijalankan oleh koperasi
3. Simpanan ahli-ahli akan dikumpulkan dan dijadikan modal terkumpul untuk koperasi ini menjalankan kegiatan-kegiatan ekonomi dan perniagaan.
4. Sekiranya koperasi mendapat keuntungan besar, ahli akan dibayar dividen dan bonus.
5. Ahli boleh mengambil bahagian dalam kegiatan perniagaan yang dijalankan oleh koperasi ini.

11. APAKAH PROJEK-PROJEK YANG DIRANCANG OLEH KOPERASI INI?
Projek pertama yang dirancang adalah projek perniagaan dengan membuka kedai mini market, kedai runcit dan kantin. Projek ini adalah projek permulaan. Koperasi merancang membuat pelaburan seperti membeli atau membina wisma koperasi dan rumah kedai. Semua kegiatan ekonomi itu akan dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan kewangan koperasi dari masa ke semasa.

12. BAGAIMANA MAHU MENGIKUTI PERKEMBANGAN KOPERASI?
Segala maklumat akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Selain itu, ahli koperasi boleh mendapatkan maklumat di blogspot http://koperasiperpaduan.blogspot.com.

13. BAGAIMANA CARA UNTUK MENYERTAI KOPERASI INI?
Bagi sesiapa yang berminat boleh muat turun borang yang disediakan dalam ruangan borang ahli Borang itu boleh dihantar terus atau dipos ke alamat yang disediakan.

Ingin bangunkan blog seperti ini,sila layari www.binablog.biz atau hubungi 017-259 6599