Umat Islam
wajib mewujudkan rangkaian pengeluaran dan pasarannya sendiri bagi membantu membina ekonomi Islam. Langkah itu
penting bagi memastikan pengeluar dan
peniaga Islam terus berada dalam pasaran.
Ia bagi
mengelakkan umat Islam terus bergantung
kepada dunia barat dan dijajah oleh kaum lain daripada segi
ekonomi. Bagaimanapun, usaha itu tidak
akan berjaya tanpa sokongan seluruh umat
sebagai pengguna.
Di
Malaysia, ramai peniaga Melayu yang majoritinya beragama Islam gagal dalam
perniagaan kerana mereka tidak mempunyai
jalinan pengeluaran dan pasaran yang kuat.
Jika
dibandingkan dengan peniaga-peniaga Cina, mereka lebih berjaya dalam perniagaan kerana mempunyai rangkaian pengeluaran yang
lengkap dan pasaran yang kuat.
Ini
ditambah dengan pengalaman mereka yang begitu lama dalam dunia perniagaan sehingga perniagaan menjadi begitu sinonim dengan
kaum Cina.
Selain,
telah lama menceburi dunia perniagaan
dan pengalaman yang luas, peniaga-peniaga Cina berjaya membina rangkaian pengeluaran
dan pasaran yang kuat kerana mereka
mendapat sokongan padu daripada
masyarakat mereka sendiri sebagai
pengguna.
Daripada
segi hukumnya, membina rangkaian ekonomi Islam merupakan fardhu kifayah.
Pada masa
ini, penduduk umat Islam di dunia
berjumlah dua bilion dan negara-negara Islam pula terdiri daripada negara-negara pengeluar
utama bahan mentah seperti minyak,
minyak sawit, getah dan timah.
Jika
seluruh umat Islam boleh bersatu dan mengamalkan sikap tolong-menolong dalam perniagaan seperti yang diamalkan oleh masyarakat Cina, umat Islam juga mampu membina rangkaian pengeluaran dan pasarannya sendiri.
Dengan
mempunyai rangkaian pengeluaran dan pasarannya sendiri, umat Islam boleh
mewujudkan keseimbangan dalam ekonomi
dunia. Perlumbaan dalam ekonomi adalah sama seperti perlumbaan senjata
antara negara-negara di dunia.
Jika
hanya sebuah negara sahaja yang mampu membina senjata berat dan berteknologi
tinggi, maka ia akan muncul sebagai
negara yang paling berkuasa di dunia.
Keadaan
seperti ini sebenarnya tidak baik untuk keselamatan dunia kerana negara
berkenaan boleh menguasai dan mengenakan tekanan ke atas negara lain.
Tetapi jika ada sebuah lagi negara yang mempunyai keupayaan
membina senjata berat dan berteknologi
tinggi, keselamatan dunia akan lebih terjamin kerana ia akan mewujudkan keseimbangan kuasa yang boleh mengelakkan
negara kuasa besar tadi menguasai negara yang
kecil.