Gerakan
koperasi diasaskan oleh Robert Owen (1771–1858), seorang pedagang kapas dari
Wale.
Atas jasa
beliau itulah, Owen telah dikenali sebagai Bapa Pergerakan Koperasi.
Bagaimanapun,
Dr. William King (1786–1865) merupakan tokoh yang bertanggungjawab
mengetengahkan sistem koperasi secara tersusun melalui penerbitan majalah
bulanan yang dikenali sebagai `The Cooperator’ pada 1 Mei, 1828.
Sempena
nama majalah itulah koperasi mendapat namanya.
Ia
mengandungi falsafah koperasi dan nasihat praktikal tentang cara mengusahakan
kedai menggunakan prinsip-prinsip koperasi.
King
kemudian menggerakkan idea Owen itu menjadi lebih berjaya dan praktikal. King
percaya dengan memulakan sesuatu perniagaan secara kecil-kecilan, kumpulan
pekerja perlu bergabung menubuhkan koperasi.
Ia
diikuti dengan usaha beberapa penenun kain miskin bergabung menubuhkan the
Rochdale Equitable Pioneers Society pada akhir 1843, yang turut dikenali
sebagai The Rochdale Pioneers.
Kumpulan
ini kemudian memperkenalkan the Rochdale Principles pada 1844, yang amat
berpengaruh dalam pergerakan koperasi.
Daripada
segi sejarahnya, gerakan koperasi telahpun berusia 319 tahun.
Di
Malaysia, sejarah koperasi bermula pada 1922 apabila koperasi pertama Syarikat
Bekerjasama-sama Kampung Tebuk Haji Musa, Kerian Dengan Tanggungan Tidak Berhad
ditubuhkan.
Koperasi
pertama didaftarkan pula ialah The Federated Malay States Posts and Telegraphs
Cooperative Thrift and Loan Society Limited yang didaftarkan pada Julai 1922.
Sementara
gerakan koperasi di Sarawak pula bermula pada 3 Mei 1949 manakala di Sabah pada tahun 1959.
Pada
umumnya, koperasi dapat membantu:
1.
Mewujudkan peluang pekerjaan, menghapuskan pengangguran
2.
Menghapuskan ah long
3.
Meningkatkan taraf hidup rakyat, terutama penduduk kampung dan golongan
berpendapatan rendah
4.
Menghapuskan kemiskinan
5. Usaha
menyusun semula masyarakat
6.
Melahirkan masyarakat peniaga dan industri di kalangan bumiputera
7. Jika
sumber koperasi digembleng ia dapat membantu meningkatkan aset orang Melayu dan
bumiputera dan mengumpul modal bagi melaksanakan aktiviti pelaburan,
perindustrian dan perniagaan.
8.
Menggalakkan menabung, untuk keperluan masa tua dan pendidikan anak-anak.
Dalam
situasi ekonomi dunia yang sedang gawat sekarang. Koperasi boleh menjadi
mekanisme paling berkesan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat, terutama
penduduk desa dan golongan berpendapatan rendah.
Sektor
itu boleh menjadi enjin pertumbuhan ekonomi ketiga terpenting bagi negara,
selepas sektor awam dan swasta, jika ia dibangunkan sepenuhnya.
Dengan
5,052 koperasi dan ahli sebanyak 5.2 juta orang serta aset bernilai RM21 bilion
pada ketika ini, sektor itu mampu menjana ekonomi negara jika sumber-sumber
koperasi digembleng sepenuhnya.
Selain
itu, RM4.6 bilion aset lagi diuruskan oleh Bank Rakyat dan sekitar RM285 juta
lagi disimpan oleh koperasi-koperasi dalam akaun semasa di pelbagai bank yang
tidak memberikan pulangan yang baik.
Koperasi
yang berjaya juga mampu mengatasi masalah sosial, termasuk menghapuskan
kemiskinan termasuk masalah `Ah Long’ yang sering melanda masyarakat miskin dan
golongan berpendapatan rendah.
Selain
itu, koperasi boleh menjadi alat berkesan dalam usaha menyusun semula
masyarakat dan melahirkan masyarakat peniaga dan industri bumiputera.
Semasa
gerakan koperasi mula diperkenalkan di England,
koperasi ditubuhkan untuk membantu golongan petani berpendapatan rendah tetapi,
dalam era moden ini, koperasi boleh menjadi ejen perubahan untuk mengubah nasib
hidup rakyat yang berpendapatan rendah bukan sahaja di desa, tetapi juga di kota.
Maka,
jika sumber koperasi digembleng ia dapat membantu meningkatkan aset orang
Melayu dan bumiputera dan mengumpul modal bagi melaksanakan aktiviti pelaburan,
perindustrian dan perniagaan.
Malah
koperasi yang berkesan boleh menjadi badan tabungan dan simpanan untuk
masyarakat, khususnya orang Melayu yang kurang memberi tekanan kepada keperluan
menabung untuk masa tua dan pendidikan anak-anak.
Malah ia
juga dapat menjadi alat berkesan mengatasi pengangguran.
Sejak
ditubuhkan oleh Kabinet pada 2 Mac, 2005, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
bagi menggantikan Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dilihat dapat mengukuhkan
usaha membangunkan sektor koperasi,
Ia (SKM)
akan berfungsi merealisasikan sektor itu sebagai salah satu pemangkin strategik
dalam membangunkan ekonomi negara.
SKM akan
bertanggungjawab mengawal selia kesemua 5,052 koperasi di negara ini di bawah
satu bumbung bagi memastikan ia selamat dan kukuh, terutama dalam aspek
pengurusan dan kewangan.
Jika di
Eropah terutama di Britain, koperasi sudah begitu jauh maju tetapi di Malaysia,
walaupun koperasi yang pertama di negara ini ditubuhkan pada 1922, tetapi
kejayaan koperasi di negara ini masih jauh menepati sasaran bagi membantu
meningkatkan taraf ekonomi masyarakat golongan berpendapatan rendah dan desa.
Sebahagian
besar koperasi di negara ini mempunyai prestasi kewangan dan kedudukan mudah
tunai yang teruk, standard urus tadbir yang lembap dan kepatuhan kepada Akta
Koperasi yang lemah.
Jika
perkara ini dibiarkan, sasaran menjadikan koperasi sebagai sektor strategik
menjana ekonomi negara sukar direalisasikan.
Semangat
dan etika koperasi sangat sinonim dengan budaya Melayu, terutama masyarakat
Melayu di desa yang memberi keutamaan kepada semangat kejiranan,
tolong-menolong, muafakat, kerjasama dan bersatu.
Sehingga
hari ini, semangat gotong-royong semasa majlis kenduri, perkahwinan dan
kematian masih menebal di kalangan masyarakat Melayu terutama yang tinggal di
kampung-kampung.
Sekiranya,
semangat dan budaya ini dapat diterapkan dalam koperasi, masyarakat Melayu di
desa dan bandar dapat mengumpul modal yang besar untuk melaksanakan sesuatu
aktiviti perniagaan atau industri yang boleh membawa faedah kepada komuniti.
Koperasi
pertama di Malaysia pula ialah Syarikat Bekerjasama-sama Kampung Tebuk Haji
Musa, Kerian Dengan Tanggungan Tidak Berhad, manakala koperasi yang pertama
didaftarkan pula ialah The Federated Malay States Posts and Telegraphs
Cooperative Thrift and Loan Society Limited yang didaftarkan pada Julai 1922.
Sementara
gerakan Koperasi di Sarawak pula bermula pada 3 Mei 1949 manakala di Sabah pada tahun 1959.
Jika
masyarakat boleh digalakkan menyertai koperasi bagi membantu meningkatkan taraf
hidup mereka dan menjadi alternatif kepada `Ah Long’.
Jika
koperasi mempunyai sokongan kewangan yang kukuh daripada ahli menerusi
perniagaan bersama dan dibantu bersama oleh syarikat gergasi Melayu dan
syarikat milik kerajaan (GLC), usaha yang berterusan akan dapat menghasilkan empayar
perniagaan Melayu yang bebas daripada gangguan Ah Long.
Mungkin
koperasi boleh dijadikan kokurikulum baru di sekolah bagi menanam semangat
keusahawanan di kalangan pelajar.
Generasi
muda perlu didedahkan dengan pengetahuan koperasi sejak di bangku sekolah lagi
bagi menyemai minat dalam bidang tersebut.
Sekolah-sekolah
yang tidak mempunyai koperasi supaya segera menubuhkannya. Setakat ini hanya
terdapat 2,000 koperasi sekolah.
Koperasi
jika dimajukan secara berhemat dan dinamik mampu meningkatkan perpaduan
masyarakat dan menjana ekonomi negara.
Melalui
penyatuan tenaga kerja, modal dan semangat, koperasi boleh menjadi enjin
penggerak sesuatu kawasan dan boleh memberi peluang kepada semua lapisan
masyarakat untuk sama-sama meningkatkan taraf hidup mereka.
Pemimpin
koperasi supaya berfikir seperti ahli perniagaan dan pada masa yang sama
seperti pentadbir masyarakat.
Tabungan
koperasi juga harus digunakan dengan lebih berkesan dan tidak hanya disimpan
dalam simpanan tetap dengan harapan untuk mendapat dividen semata-mata.
Tabungan
itu juga boleh digunakan dengan cara yang lebih berfaedah seperti bantuan mikro
kredit kepada ahli atau pelaburan yang dapat mengembangkan perniagaan mereka
atau tabung bagi digunakan sebagai sumber kewangan oleh koperasi lain.
Kerjasama
sesama koperasi perlu dikukuhkan melalui rangkaian yang lebih erat antara satu
sama lain sama ada bagi tujuan perniagaan dan perdagangan mahupun untuk
kemudahan sosial ahli.
Konsep
penyatuan dan kerjasama di kalangan penduduk kampung boleh dipupuk dalam usaha
membangunkan kawasan luar bandar iaitu untuk membasmi kemiskinan dan
mengurangkan jurang ekonomi dengan kawasan bandar.
Sehubungan itu, adalah rasional sekiranya kerajaan dapat
mewajibkan setiap kampung menubuhkan koperasi sebagai alat meningkatkan taraf
ekonomi masyarakatnya dengan dipantau oleh kerajaan melalui SKM.