Kejayaan
sesebuah perniagaan itu bergantung kepada banyak faktor. Begitu juga kegagalan sesebuah perniagaan itu disebabkan oleh
banyak faktor dan gabungan faktor.
Salah
satu daripada faktor penting yang
menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu perniagaan itu ialah bergantung kepada sama
ada ia mempunyai pangkalan pasaran yang
kukuh atau tidak.
Oleh
kerana itu, bila memperkatakan tentang
dunia perniagaan, peniaga Cina di seluruh dunia termasuk di Malaysia, lebih berjaya dalam
bidang tersebut kerana mereka telah
mempunyai pangkalan pasaran yang cukup
besar.
Bila
memperkatakan tentang pangkalan pasaran
ini, ia melibatkan empat elemen penting dalam perniagaan iaitu rangkaian pengeluaran,
bekalan, pengedaran dan pemasaran.
Dalam
konteks perniagaan di negara ini, banyak
peniaga Melayu yang majoritinya beragama Islam menemui kegagalan adalah kerana mereka
tidak mempunyai pangkalan pasaran yang
besar. Ini bererti mereka tidak
mempunyai rangkaian pengeluaran, bekalan,
pengedaran dan pemasaran yang kuat dan
lengkap.
Maka
dalam hal ini, umat Islam perlu bersatu bagi
membantu membina pangkalan pasarannya
sendiri supaya perniagaan orang Islam bukan sahaja boleh berjaya, tetapi juga dapat berkembang di seluruh dunia.
Mengikut
Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia
pada tahun 2000, penduduk Melayu di
negara ini berjumlah kira-kira 15 juta orang atau 65.1 peratus daripada keseluruhan 23.27
juta orang penduduk Malaysia.
Penduduk
Islam di negara ini pula, berjumlah
kira-kira 13.9 juta atau 60.4 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia.
Jika
diambil kira daripada segi statistik itu,
penduduk Islam dan Melayu di negara ini mampu membina pangkalan pasarannya sendiri
tanpa bergantung kepada kaum-kaum lain,
sekiranya mereka bersatu menyokong
perniagaan orang Islam.
Sekiranya,
umat Islam di negara ini dapat bersatu
membantu membina pangkalan pasaran bagi
perniagaan orang Islam, mereka dapat
mewujudkan keseimbangan pasaran dengan
kaum-kaum
lain yang lebih berjaya dalam dunia
perniagaan, terutama dengan peniaga-peniaga daripada kaum Cina.
Pada masa
ini, sistem pengeluaran, bekalan,
pengedaran dan pasaran di negara ini, hampir dikuasai sepenuhnya oleh peniaga Cina
dalam semua sektor, sama ada sektor pengguna, perindustrian, pembinaan, khidmat
dagang, kewangan, hotel, harta, ladang
dan perlombongan.
Malahan,
sebut apa sahaja jenis perniagaan di
negara ini, hampir kesemuanya dikuasi oleh peniaga Cina, daripada peringkat
pengeluaran hingga pemasaran.
Daripada
segi ekonominya, keadaan itu adalah
tidak sihat, dan jika dibiarkan ia boleh
mencetuskan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum di negara ini dan melebarkan jurang kekayaan antara kaum serta boleh
menimbulkan perasaan tidak puas hati,
sehingga ia akhirnya boleh mengugat
perpaduan kaum.
Jika umat
Islam di negara ini dapat membina
pangkalan pasaran dan rangkaian pengeluaran, bekalan, pengedaran dan pemasarannya
sendiri, keadaan itu akan dapat
mewujudkan suasana perniagaan yang mesra
dan harmoni dalam negara, apabila tidak
wujud lagi suasana monopoli oleh sesuatu
kaum dalam perniagaan.
Sebaliknya,
suasana monopoli itu akan digantikan
dengan suasana kerjasama antara
peniaga-peniaga Islam dengan peniaga-peniagan daripada kaum lain di negara ini dalam perniagaan, termasuk dengan
peniaga-peniaga Cina yang sudahpun kukuh
dan berjaya.
Sekiranya,
peniaga-peniaga Islam sudah dapat
membina pangkalan pasarannya sendiri, maka peniaga-peniaga Cina yang telah maju dalam
dunia perniagaan akan dapat menerima
peniaga Islam dan Melayu di negara ini
sebagai rakan mereka dan bukan lagi
sebagai pesaing yang boleh mengugat mereka.
Jika
keadaan itu dapat dicapai, ia bukan sahaja
akan menguntungkan setiap kaum di negara ini daripada segi perniagaan dan ekonomi, tetapi
juga dapat memaju ekonomi negara dengan
lebih laju lagi, kerana semua kaum telah
dapat bersatu bagi membangunkan ekonomi
kaum sendiri dan negara sekali gus tanpa
sebarang curiga.
Bagi
mencapai maksud tersebut, kaum Cina di
negara ini, yang telah berjaya dalam ekonomi sepatutnya tidak melihat kebangkitan umat
Islam dan orang Melayu dalam perniagaan
dan perindustrian sebagai ancaman,
sebaliknya membantu umat Islam dan orang
Melayu supaya mereka cepat berjaya bukan
sahaja dalam perniagaan tetapi juga bagi
membina pangkalan pasarannya sendiri,
supaya mereka akhirnya dapat bekerjasama
sebagai rakan.
Mungkin
ia sesuatu yang terlalu ideal untuk
diimpikan, tetapi ia juga bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai, sekiranya kaum-kaum
di negara ini ikhlas untuk membantu kaum
yang lemah dan apa yang lebih penting
ialah untuk melihat negara ini terus
maju.
Malangnya,
pada masa ini, realiti itu tidak berlaku,
ramai peniaga Islam dan Melayu di negara ini gagal dalam perniagaan, kerana mereka tidak mempunyai pangkalan pasaran mereka
sendiri disebabkan mereka tidak mendapat
sokongan daripada umat Islam sendiri dan
jauh sekali untuk mendapat bantuan dan
bimbingan daripada kaum-kaum lain yang
telah berjaya dalam perniagaan.
Sehingga
hari ini, usaha membantu peniaga Melayu
dan bumiputera di negara ini masih
diteruskan oleh kerajaan kerana kerajaan
menyedari peniaga Melayu dan bumiputera masih jauh ketinggalan dan masih perlukan bantuan.
Tetapi
umat Islam dan orang Melayu harus sedar
mereka tidak boleh bergantung kepada bantuan kerajaan selama-lamanya untuk berjaya
dalam dunia perniagaan, sebaliknya
mereka kini perlu berusaha sendiri untuk
membuktikan mereka juga mampu berjaya
seperti orang lain tanpa bantuan
kerajaan.
Sehubungan
itu, sudah sampai masanya, umat Islam
bangkit dan bersatu bagi membina
pangkalan pasarannya sendiri supaya mereka tidak perlu lagi bergantung kepada
bantuan kerajaan dan seterusnya tidak
bimbang lagi untuk berniaga kerana mereka
sudah mempunyai pangkalan pasaran yang
mencukupi dan kuat untuk mereka terus
berada dalam perniagaan.
Malahan,
peniaga-peniaga Islam yang baru mampu
dan boleh menyertai dunia perniagaan
tanpa bimbang berdepan dengan kerugian kerana mereka sudah mempunyai pangkalan pasaran yang kukuh untuk terus berada dalam
pasaran, asalkan mereka sanggup berkerja
kuat untuk berjaya.
Daripada
segi hukumnya, usaha bantu-membantu bagi
membina pangkalan pasaran bagi umat Islam
adalah suatu fardhu kifayah.
Ini kerana,
jika seseorang peniaga Islam itu gagal
dalam perniagaan kerana tidak
mendapat sokongan umat Islam,
maka semua umat Islam di kawasan
terbabit menanggung dosanya.
Perkara
ini sudah jelas dan semua umat Islam
tidak mempertikaikan tentangnya, tetapi
malangnya kefahaman mereka itu tidak disusuli dengan amalan iaitu daripada segi tindakan.
Sesungguhnya,
sokongan dan bantuan umat Islam itu
sangat penting dan wajib. Jika umat Islam
masih leka dan tidak ambil peduli serta enggan bersatu membina pangkalan pasarannya
sendiri sehingga peniaga Islam atau
Melayu terpaksa gulung tikar, maka
ekonomi umat Islam akan terjejas dan
apabila ekonomi umat Islam terjejas maka
maruah umat Islam akan tergadai.
Jika itu
berlaku maka umat Islam akan jadi umat yang
mundur dan dihina dan lebih buruk lagi
agama Islam akan dipersalahkan serta dianggap sebagai agama yang mundur dan tidak
membawa kemajuan.
Akhirnya,
umat Islam akan menjadi hamba dan
dijajah daripada segi ekonomi dan kita tidak akan mampu berbuat apa-apa untuk membela umat Islam dan agama Islam sekiranya berlaku
sesuatu musibah kerana kita tidak
mempunyai kekuatan daripada segi ekonomi.